Subhanallah Maha Suci Allah yang masih membenarkan diri menghirup udara pagi dan mengalirkan darah utk membekalkan oksigen ke seluruh isi organ pinjaman Allah SWT..Semoga hari ini lebih baik dan dipermudahkan segala urusan, Insyaallah.
Hidup sentiasa diuji kerana itulah janji Allah. Semakin kita mengeluh semakin jauh kita tersasar dari didikan jiwa melalui ujian tersebut. Masyaallah. Tapi sebagai manusia diri sendiri juga tak terlepas daripada rasa semua tu. Mengeluh, mengeluh dan terus mengeluh. Astaghfirullah, khilafnye diri ni. Jadi pasangkan tekad, pekakkan telinga, butakan mata dengan ape jua provokasi melalui lisan, perbuatan mahupun ape-ape supaya diri tak rasa goyah dengan emosi. Walaupun tanpa seorang sahabat sekalipun, masih ada keluarga utk memberi sokongan setiap hari. Insyaallah
Doa,doa dan doa
Semalam juga terima berita gembira. Alhamdulillah. Allah izin utk merasa sedikit nikmat. Tinggal lagi utk usaha lebih utk pro preclinical exam minggu depan. Semoga dipermudahkan. Amin.
p/s: fully writing in bahasa maybe sounds not real aka