Thursday, February 28, 2013

effort[less]

Salam.

By the way i should finish up my very last case write up for this O&G posting. Insyaallah will finish very soon. Usaha, usaha & usaha.

In every single thing that we do in this precious life, deserves our best effort. Allah counts on the effort despite whatever result that we get later on.

Setiap perkara ada tujuannya. Kita dihidupkan di dunia pun ada tujuan sebagai khalifah Allah, bukan sekadar suka2. Meh sama2 double kn usaha dlm setiap perkara utk elakkan diri jd golongan yg rugi.


Nak start exercise without excuse lepas ni!


p/s: thinking of one of the tips from Ibu Wiwi, who is a mother of 10 hafiz & hafizah from Indonesia, mentioned that her husband wakes up for solat malam every night without fail for their successful life dunia akhirat. that counts as an effort though. jom sama2 practice solat malam.

Wednesday, February 27, 2013

'Kisah hati'

Salam.

Setelah sekian lama blog ni berkarat tiba-tiba rasa nak sangat tulis sesuatu yg rasanya tak dapat nak disimpan lagi dalam hati ni. Awalnya nak tulis status kat facebook tapi macam dapat agak penerimaan orang mungkin berbeza-beza pasal isu ni. Lagipun saya sendiri jarang update status yg serius ataupun yg santai. Memang tak aktif sangat pun facebook tu.

Hati ni memang dah agak lama rasa dirobek dengan isu ni. Sejak 2 bulan lepas makin parah selepas melawat Rhaudatus Sakinah Sg Buloh utk Urban Posting. Rasa marah, rasa kecewa, sayu, kesian & macam2 lagi sebab fikirkan kat mana silapnya bangsa Melayu skrg atau lebih tepat lagi kaum MUSLIM skrg sampaikan terwujudnya Rhaudatus Sakinah tu. Rhaudatus Sakinah itu satu usaha yg murni, bukan kemarahan pada Rhaudatus Sakinah tapi kepada penyebab terjadinya salah laku sosial sampai terhasil lah anak2 yg 'tak sah taraf' (actually, sorry if the term for the child is not applicable anymore, but i think it sounds nicer than the other terms).

Tapi tak nak cerita pasal RS kali ni sebab boleh google je & banyak info pasal RS yg sgt concern dengan anak2 bangsa & agama kita ni. Cuma nak cerita yg hati ni makin rasa disiat2 bila tgk kt wad Obstetric & Gynae banyak sgt kes2 rogol yg blh dikatakan 100% mangsanya adalah bangsa Melayu kita & lebih tepat lagi kaum MUSLIMAH kita. Background story nye macam2 lah sama ada rela tapi di bawah umur mahupun tak rela malah ada juga dikhianati kenalan rapat sendiri. Hasilnya anak2 yg tak diingini ni akan dilahirkan oleh ibu yg sememangnya tak 'competence' utk jadi ibu secara fizikal mahupun spiritual. Apa akan jadi pada anak2 ini seterusnya? Paling bagus pun akan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun RS utk pengurusan serahan pd keluarga angkat. Paling teruk akan terpampang lg kt media paper mahupun berita pasal kes buang bayi.

Tapi isunya di sini, apa usaha kita nk selamatkan anak bangsa & seagama kita ni? Apa peranan kita? Apa dakwah kita? Kat mana tahap ilmu agama & sosial kita utk kurangkan penyakit masyarakat kita ni? Kita beragama ISLAM tapi kenapa tak berkurang pun jumlah bayi 'tak sah taraf'? Paling simple, balik lah pd agama. Ikut tuntutan syarak, amalkan gaya hidup Islam, ikut sunnah Rasulullah SAW utk selamat dunia akhirat.  Sama2 menyeru kaum keluarga, sahabat handai dan semuanya, marilah kita ikut cara hidup Rasulullah utk selamatkan kaum keluarga kita, bangsa kita & lebih besar lg agama yg kita cinta ini utk hidup bahagia di dunia & lebih indah di 'sana' nanti.

Semoga rasa sakit hati ni kurang sikit selepas meluahkan isi hati ni. Mungkin sedikit emosional tapi inilah yg betul2 terbuku di hati. Paling penting nk jentik sikit rasa sensitif pada siapa2 yg baca entri ni. Sama2 kita jg diri, keluarga seterusnya org di sekeliling kita. 

Islam is the only way of life, no compromise.




Yang manis & selamat itu haruslah tak terdedah.


AlQuran peneman sepanjang hayat.


p/s: it is good to write in Malay when u have lot of things to say :)