Thursday, March 7, 2013

The Journey of Bulatan Gembira

Salam.

Malam ni pukul 830pm sy akan ke Keramat utk sesi usrah, yg lebih senang dipanggil Bulatan Gembira. Selalunya hari selasa tapi minggu ni hari Khamis sebab ramai yg tak available.

Alhamdulillah, kalau tak ada apa2 aral memang sy akan usaha lah hadirkan diri utk join Bulatan Gembira. Paling diusahakan adalah sampai tepat pd waktu. Alhamdulillah selalunya sampai antara yg paling awal sebab sy memang skema. Inherited the skema syndrome from my abah actually. Lucky me, right.

Nak share dari segi pengalaman join usrah memang tak banyak sebab sy join baru dalam 6 bulan. Baru sgt lagi. Tapi perubahan dlm cara hidup memang agak banyak. Paling penting hati ni rasa tenang sbb hdup ni balance dgn pendidikan dunia & akhirat, sekurang-kurangnya dari kaca mata sy. Alhamdulillah.

Nak cerita milestone berBulatan Gembira memang tak panjang mana lah kot. Saja nk share nanti sy tua2 blh selak blog sendiri utk ingat perjalanan sy mencari ilmu agama. Mula2 nak join usrah sebab galakan dari cousin sy yg memang elok akhlaknya seindah namanya, Nur Eyka Maisara. Kami mcm sisters yg blh borak mcm2 hal.
1 hari tu dia ckp, " Jomlah kita cari ilmu & tarik keluarga kita sama2 jadi keluarga Muslim yg unggul, walaupun keluarga kita biasa saja tapi kitalah yg Allah takdirkan utk membentuk keluarga kita jd Muslim yg lbh baik ". 
Bukannya bermaksud keluarga kami tak bagus tapi nk kukuhkan lg utk sama2 berjuang ke arah dakwah. Alhamdulillah kami dibesarkn dgn keluarga yg amat pentingkan hal akidah & ibadah. Teori Islam yg sama dibekalkan kpd semua anak2 mahupun anak2 buah namun aplikasi nya mungkin tdk sekukuh ibu bapa sendiri. No doubt about that.

Bermula mlm itu sy berazam sy kena berubah dan cari tempat nk belajar ilmu. Cara paling mudah skrg adalah melalui usrah sbb usrah pd masa skrg adalah sesuatu yg typical dan tak pelik. So I asked Eyka to connect me with 1 naqibah at Sg Buloh since I'm going to stay at Sg buloh for clinical years. Tunggu punya tunggu takde yg contact sbb Eyka punya based kt Kelantan since dia belajar kt USM. Tapi takpe sy tetap tunggu sambil berjinak2 dlm pembacaan buku2 & artikel2 agama yg kebanyakannya sy pinjam dr Fateen Najlaa.

Saya mula praktikkan sikit2 dari segi doa. Alhamdulillah sy dpt tau lepas raya Aidilfitri Fateen dah mula start her 1st usrah session. Saya mula rasa lbh bersemangat nk join usrah.
Lepas 2 minggu, sy cakap kt Fateen, " Blh tak sha nk join usrah Fateen? Naqibah Fateen ok tak kalo sha join skali? ".
Fateen dengan positif jawab, " Blh, nanti Fateen tanyakan ".
Alhamdulillah Naqibah Fateen merangkap Naqibah sy jgk skrg iaitu Dr Radziah, yg merupakan Family Medcine Specialist kt Klinik Kesihatan Ampang menerima dgn hati terbuka. Bermula lah journey sy bersama Bulatan Gembira. Alhamdulillah. Rupa-rupanya Allah sebaik2 perancang. Walaupun sy menunggu agak lama feedback dr Eyka tapi Allah mudahkan jalan utk berusrah dgn Dr Radziah melalui Fateen. Subhanallah, indahnya perjalanan ni.

Masih ingin share pasal pembelajaran & pengalaman menarik sepanjang 6 bulan ni. Insyaallah next post pulak. Yg menariknya, Alhamdulillah kwn2 ramai yg berminat tanya psl Bulatan Gembira jgk.

Sisters Bulatan Gembira semuanya friendly & knowledgeable. Alhamdulillah. Masih banyak perubahan yg kena buat dari banyak segi. Semoga dipermudahkan. Amin.

Me with usrah from IKRAM Malaysia were joining Aqsa Syarif's Donation for Syria & Palestine.

Me with usrahmates; Fateen & Dahlia, also Kak Zai at Baitul Muslim 2.0, PICC.

My beloved mama, abah & Eyka

No comments:

Post a Comment